Wednesday, July 22, 2015

Refleksi Minggu 4

           Pada minggu keempat, saya telah mempelajari mengenai pemilihan bahan internet bagi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. PdP bahasa Melayu pada hari ini bukan sahaja bersumberkan buku teks semata-mata, malah bahan dari internet juga boleh digunakan sebagai bahan sokongan dan tambahan bagi PdP bahasa Melayu.

Penggunaan bahan internet juga membolehkan kita mendapatkan maklumat yang lebih mendalam dengan lebih pantas dan boleh dijalankan sendiri. Pemilihan bahan internet untuk PdP bahasa Melayu boleh dikategorikan kepada bahan sastera, bahan tatabahasa dan bahan bidang ilmu lain. Kepelbagaian bahan sumber yang terdapat di internet dan pengetahuan mencari bahan yang sesuai bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu akan memudahkan lagi proses PdP bagi mata pelajaran bahaa Melayu. Guru juga boleh menggunakan bahan yang diperoleh daripada internet sebagai sumber rujukan peribadi. Hal yang demikian kerana, seorang guru juga perlu mendapatkan maklumat dan pengetahuan baharu. Oleh itu, internet merupakan salah satu cara yang paling pantas dan mudah bagi mendapatkan sumber bahan tersebut


Sesungguhnya, pengetahuan mengenai pemilihan bahan internet sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran amat penting kepada guru pada hari ini. Lebih-lebih lagi, segala maklumat pada hari ini boleh didapatkan di hujung jari. 

No comments:

Post a Comment