Tuesday, August 18, 2015

Amali Minggu 8










Refleksi Minggu 8

Pada minggu ini, saya telah mempelajari mengenai pengajaran bahasa Melayu secara atas talian dan luar talian. Pengajaran secara atas talian hendaklah dijalankan dengan kemudahan Internet. Hal yang demikian kerana pengajaran tersebut menggunakan bahan pengajaran yang terdapat di Internet. Jika dibandingkan dengan pengajaran secara luar talian pula, pengajaran tersebut tidak memerlukan sambungan ke Internet. Pengajaran ini juga dikenali sebagai pengajaran “offline” kerana bahan pengajaran yang digunakan tersebut tidak memerlukan Internet bagi membolehkan digunakan. Jika dilihat pada penggunaan pengajaran secara atas talian, saya menyedari bahawa penggunaannya dapat memudahkan kita untuk mengakses bahan dengan lebih cepat. Selain itu, kita juga boleh memperoleh pelbagai bahan dari Internet seterusnya meningkatkan kemahiran kita dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).


Kesimpulannya, melalui tajuk ini, saya dapat memanfaatkan pengetahuan mengenai pembelajaran secara atas dan luar talian ini dalam bilik darjah setelah saya menjadi guru kelak bagi memberikan kelainan dan kepelbagaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

Kuliah Minggu 8















Monday, August 17, 2015

Amali Minggu 7












Refleksi Minggu 7

Pada minggu ini, saya telah mempelajari mengenai pengaplikasian model pemprosesan maklumat dan pengajaran bahasa Melayu. Model pemprosesan maklumat ini menggunakan sistem komputer sebagai analogi. Cara manusia memproses maklumat dalam minda dianalogikan seperti sistem komputer. Terdapat empat proses utama dalam pemprosesan maklumat iaitu pengenkodan, penyimpanan, mengingat kembali dan lupaan. Seterusnya, melalui amali yang kami jalankan bagi minggu ini, kami diminta untuk memuat turun kertas soalan yang berkaitan dengan bahasa Melayu dari laman sesawang yang berkaitan seperti Bank Soalan. 

Kuliah Minggu 7