Saturday, August 15, 2015

Refleksi Minggu 5

Pada minggu ini, saya telah mempelajari mengenai pembinaan dan penggunaan tapak pengajaran, laman web pengajaran dan pakej tutorial pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Terdapat pelbagai sumber boleh digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu melalui tapak pembelajaran bahasa Melayu. Pembinaan tapak pembelajaran bagi PdP bahasa Melayu merupakan suatu yang penting kepada guru pada hari ini bagi membantu proses PdP seseorang guru.

Penggunaan multimedia dalam  tapak pembelajaran menambahkan lagi daya penarikan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh menggunakan bahan audio, video, imej dan lain-lain yang bersesuaian dengan pengajaran pada hari tersebut. Penggunaan tapak, laman web pengajaran dan pakej tutorial pembelajaran juga merupakan salah satu cara bagi menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih interaktif dalam bilk darjah. Murid akan berinteraksi dengan kepelbagaian media dan memberi respons terhadap soalan-soalan yang terdapat pada tapak pembelajaran yang disediakan oleh guru

Selain itu, saya juga boleh menggunakan kemahiran penggunaan mencari bahan-bahan di internet dengan lebih baik. Pemilihan bahan-bahan dari internet untuk dimasukkan ke dalam tapak pembelajaran amat penting bagi memastikan keberkesanan PdP. Kesimpulannya, pengetahuan mengenai pembinaan dan penggunaan tanak pengajaran, laman web pengajaran dan pakej tutorial pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu ini sangat penting kepada bakal guru seperti saya.

No comments:

Post a Comment