Tuesday, August 18, 2015
Refleksi Minggu 8
Pada
minggu ini, saya telah mempelajari mengenai pengajaran bahasa Melayu secara
atas talian dan luar talian. Pengajaran secara atas talian hendaklah dijalankan
dengan kemudahan Internet. Hal yang demikian kerana pengajaran tersebut menggunakan
bahan pengajaran yang terdapat di Internet. Jika dibandingkan dengan pengajaran
secara luar talian pula, pengajaran tersebut tidak memerlukan sambungan ke
Internet. Pengajaran ini juga dikenali sebagai pengajaran “offline” kerana
bahan pengajaran yang digunakan tersebut tidak memerlukan Internet bagi
membolehkan digunakan. Jika dilihat pada penggunaan pengajaran secara atas
talian, saya menyedari bahawa penggunaannya dapat memudahkan kita untuk
mengakses bahan dengan lebih cepat. Selain itu, kita juga boleh memperoleh
pelbagai bahan dari Internet seterusnya meningkatkan kemahiran kita dalam
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Kesimpulannya,
melalui tajuk ini, saya dapat memanfaatkan pengetahuan mengenai pembelajaran
secara atas dan luar talian ini dalam bilik darjah setelah saya menjadi guru
kelak bagi memberikan kelainan dan kepelbagaian dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu.
Monday, August 17, 2015
Refleksi Minggu 7
Pada minggu ini, saya telah
mempelajari mengenai pengaplikasian model pemprosesan maklumat dan pengajaran
bahasa Melayu. Model pemprosesan maklumat ini menggunakan sistem komputer
sebagai analogi. Cara manusia memproses maklumat dalam minda dianalogikan
seperti sistem komputer. Terdapat empat proses utama dalam pemprosesan maklumat
iaitu pengenkodan, penyimpanan, mengingat kembali dan lupaan. Seterusnya,
melalui amali yang kami jalankan bagi minggu ini, kami diminta untuk memuat
turun kertas soalan yang berkaitan dengan bahasa Melayu dari laman sesawang
yang berkaitan seperti Bank Soalan.
Sunday, August 16, 2015
Refleksi Minggu 6
Pada
minggu ini, saya telah mempelajari cara-cara bagi membina dan mengaplikasikan
struktur perpautan dalam penyusunan bahan pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu. Melalui kuliah dan amali yang dijalankan bagi minggu ini, saya menyedari
bahawa struktur perpautan ini merupakan ‘hyperlink’ yang sering kali saya
gunakan dalam pembinaan slaid Powepoint,
blog, tapak pembelajaran dan sebagainya. Jika dilihat secara umum, terdapat
empat jenis struktur perpautan iaitu struktur hierarki, struktur komposit,
struktur linear dan struktur rangkaian.
Kesemua struktur perpautan tersebut
sesungguhnya membantu dalam proses penyusunan bahan pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu. Hal yang demikian juga membolehkan menyusun atur dan membanding
beza bahan-bahan yang diperoleh untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu dengan lebih baik. Oleh itu, dalam memastikan bahan-bahan PdP bahasa
Melayu berada dalam keadaan teratur dan tersusun, guru bolehlah menggunakan dan
mengaplikasikan struktur perpautan ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)