Wednesday, July 22, 2015

Refleksi Minggu 4

           Pada minggu keempat, saya telah mempelajari mengenai pemilihan bahan internet bagi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. PdP bahasa Melayu pada hari ini bukan sahaja bersumberkan buku teks semata-mata, malah bahan dari internet juga boleh digunakan sebagai bahan sokongan dan tambahan bagi PdP bahasa Melayu.

Penggunaan bahan internet juga membolehkan kita mendapatkan maklumat yang lebih mendalam dengan lebih pantas dan boleh dijalankan sendiri. Pemilihan bahan internet untuk PdP bahasa Melayu boleh dikategorikan kepada bahan sastera, bahan tatabahasa dan bahan bidang ilmu lain. Kepelbagaian bahan sumber yang terdapat di internet dan pengetahuan mencari bahan yang sesuai bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu akan memudahkan lagi proses PdP bagi mata pelajaran bahaa Melayu. Guru juga boleh menggunakan bahan yang diperoleh daripada internet sebagai sumber rujukan peribadi. Hal yang demikian kerana, seorang guru juga perlu mendapatkan maklumat dan pengetahuan baharu. Oleh itu, internet merupakan salah satu cara yang paling pantas dan mudah bagi mendapatkan sumber bahan tersebut


Sesungguhnya, pengetahuan mengenai pemilihan bahan internet sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran amat penting kepada guru pada hari ini. Lebih-lebih lagi, segala maklumat pada hari ini boleh didapatkan di hujung jari. 

Amali Minggu 4

(i) Dapatkan 2 seloka dan 2 pantun empat kerat dari internet 


URL
http://bshockmy.blogspot.com/2010/11/pantun-adat.html
Pantun
Pantun empat kerat -  Adat

Laksamana berbaju besi,
Masuk ke hutan melanda-landa;
Hidup berdiri dengan saksi,
Adat berdiri dengan tanda.

Anak teruna tiba di barat,
Dari makasar langsung ke Deli;
Hidup di dunia biar beradat,
Bahasa tidak dijual beli.

Berbuah lebat pohon mempelam,
Rasanya manis dimakan sedap;
Bersebarlah adat seluruh alam,
Adat pusaka berpedoman kitab.

Ikan berenang di dalam lubuk,
Ikan belina dadanya panjang;
Adat pinang pulang ke tampuk,
Adat sirih pulang ke gagang
Penulis
Azman Hamzah


URL
http://arifbahasamelayu1.blogspot.com/2010/05/
pantun-empat-kerat-budi.html
Pantun
Pantun empat kerat - Budi

Terang bulan terang di paya,
Anak kambing memakan rumput,
Jika tak kenang kepada saya,
Nama yang baik tidak tersebut.

Anak merak mati tersangkut,
Mati dipanah Seri Rama,
Resam di dunia juga disebut,
Orang yang mati meninggalkan nama.

Anak itik terenang-renang,
Air pasang tenang-tenangan,
Budi sedikit bika kan hilang,
Itu jadi kenang-kenangan.

Anak ikan berlima-lima,
Mati ditimpa punggur berdaun,
Kasih tuan saya terima,
Sebagai hutang seribu tahun.
Penulis
Anwar Ridhwan


URL
http://muhdnazri91.blogspot.com/2011/12/seloka-melayuku-bersatu.html
Seloka
Seloka - Melayuku bersatu

Dulu Melayu Dipandang Sinis,
Kini Melayu Konflik Berlaku,
Sekadar Rintihan Kecewa Penulis,
Melihat Melayu Tidak Bersatu.

Menjaga Keharmonian Kita Diseru,
Pengukuh Ukhwah Sesama Kita,
Bangsa Melayu Harus Bersatu,
Demi Agama, Bangsa dan Negara.

Berkasih Sayang Memberi Makna,
Hubungan Erat Perpaduan Diaku,
Pertelingkahan Ideologi Tidak Kemana,
Membawa Persengketaan Perpecahan Melayu.

Terlalu Bersosial Masyarakat Sekarang,
Berkelakuan Seperti Tidak BerTuhan,
Hidup Beragama Masyarakat Terbilang,
InsyaAllah Hidup Dilimpahi Kejayaan.

Gaya Hidup Tidak Disekat,
Menjadi Alpa Tidak Beribadat,
Hidup Perlukan Wawasan dan Matlamat,
Agar Kehidupan Ke Jalan Selamat.

Usah Mengikut Syaitan Dan Dajjal,
Menyesatkan Akhlak Umat Muhammad,
Pantang Menyerah Sebelum Ajal,
Menuju Jihad Keputusan Muktamad.

Suara Melayu Semakin Lemah,
Mulut Terkunci Dijanji Kerusi,
Berkubu Demokrasi Berkata Madah,
Keputusan Dibuat Berkepentingan Sendiri.

Wahai Melayu Marilah Bersatu,
Pertahan Agama Dari Pencabulan,
Usah Terlena Dimanjakan Nafsu,
Agama dan Bangsa Menjadi Taruhan.
Penulis
Muhammad Nazri bin Johari

URL
http://bacanotaku.blogspot.com/2012/06/puisi-tradisional-antalogi-dirgahayu.html
Seloka
Seloka - Si Luncai

Sikap Si Luncai, biarkan, biarkan ...
Ada rumah tidak dijaga,
Ada anak tidak dilatih,
Ada ternakan tidak dibela,
Ada kebun tidak ditanam,
Ada cerdik tidak selidik
Ada belajar kepalang ajar,
Ada mengaji tiada mengkaji,
Ada mata tiada kuasa,
Ada kuat tiada buat,
Biarkan,biarkan ..!
Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya.
Penulis
Md. Ali Bachik

(ii) Hasilkan grafik tentang pembentukan kata


(iii) Senarai : 8 Taman Negara di Malaysia , 6 Pusat Perlindungan Hidupan Liar di Malaysia , 4 Hutan Simpan di Malaysia, 4 spesies haiwan yang terancam kepupusan

8 Taman Negara di Malaysia 
1. Taman Negara Kinabalu
2. Taman Negara Endau - Rompin 
3. Taman Negara Tanjung Piai
4. Taman Negara Royal Belum
5. Taman Negara Niah
6. Taman Negara Pulau Tiga
7. Taman Negara Crocker Range
8. Taman Negara Kepulauan Penyu

6 Pusat Perlindungan Hidupan Liar di Malaysia
1. Pusat Perlindungan Hidupan Liar Krau
2. Pusat Perlindungan Hidupan Liar Sungai Dusun
3. Pusat Perlindungan Hidupan Liar Sungkai
4. Pusat Perlindungan Hidupan Liar Matang
5. Pusat Permuliharaan Orang Utan Sepilok
6. Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah

4 Hutan Simpan di Malaysia
1. Hutan Simpan Wang Pinang
2. Hutan Simpan Ulu Segama
3. Hutan Simpan Gomantong
4. Hutan Simpan Royal Belum

4 spesies haiwan yang terancam kepupusan
1. Orang utan
2. Penyu karah
3. Badak sumbu
4. Tapir

Kuliah Minggu 4





































Tuesday, July 21, 2015

Refleksi Minggu 3

Pada minggu ketiga, saya didedahkan kepada etika penggunaan komputer dan internet. Sesungguhnya internet memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia amnya dan sistem pendidikan pada hari ini khasnya. Internet menjadikan informasi yang kita perlukan berada di hujung jari kita. Namun, pada masa yang sama, keburukan turut datang bersama dengan kebaikan yang boleh kita peroleh sekiranya kita menyalahgunakan kemudahan internet tersebut. Oleh hal yang demikian, etika penggunaan komputer dan internet diperkenal agar kita tidak lari dari garis panduan yang telah ditetapkan

Penyalahgunaan internet pada hari ini bukanlah timbul disebabkan kewujudan internet itu sendiri. Namun berlaku disebabkan sikap manusia yang menjadi hamba kepada perkara negatif dan tidak bertanggungjawab dalam menggunakan kemudahan tersebut. Sebagai seorang bakal guru, sikap tersebut tidak sepatutnya ada dalam diri kita kerana perkara tersebut akan merosakkan profesion keguruan sebagai suri teladan kepada murid-murid. Insan yang berkualiti bukan sahaja cemerlang dari segi akademik dan kurikulum, malah aspek sahsiah juga perlu dititik beratkan. Oleh hal yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab setiap guru untuk menjadi contoh yang terbaik kepada murid-murid agar dapat melahirkan murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan juga sahsiah

Melalui amali yang telah saya jalani, saya telah menghasilkan brosur dan powerpoint mengenai etika penggunaan internet. Brosur boleh dijadikan medium dalam menyebar dan memberi informasi kepada orang ramai mengenai isu yang berkaitan dengan internet. Oleh itu, amali pada kali ini membantu saya untuk mempelajari teknik bagi menghasilkan brosur yang menarik dan berinformasi.



Amali Minggu 3

Brosur 



Powerpoint 







Kuliah Minggu 3