Sunday, July 19, 2015

Refleksi Minggu 1

Pada minggu pertama interaksi bagi kursus BMM 3053 Pengajaran dan Pembelajaran bahasa Melayu Berbantukan Komputer, saya dan rakan-rakan sekelas saya yang lain berada di Makmal MBMMBI untuk menjalani interaksi bersemuka bersama pensyarah kami, Encik Suhemi Abdul. Pembelajaran kursus ini sesungguhnya amat penting kepada guru pelatih major bahasa Melayu kerana dengan mempelajarinya, kami akan dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai aplikasi penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu pada hari ini.

Bagi minggu pertama, saya dan ahli kumpulan saya iaitu Hamlia dan Aisyah telah membentangkan dan mengamalikan tajuk 1 iaitu 'Penggunaan Enjin Carian Bahan Bahasa Melayu. Sebelum membentangkan dan mengamalikan tajuk tersebut, saya dan ahli kumpulan saya telah mencari maklumat yang diperlukan agar kumpulan kami dapat menerangkan cara penggunaan enjin carian bagi mencari bahan bahasa Melayu.

Melalui tajuk pada minggu pertama ini, saya telah menambahkan input mengenai cara penggunaan web, video, audio dan imej dengan betul, cara penggunaan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu dan cara penyimpanan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet. Penyimpanan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet merupakan suatu ilmu baharu yang telah saya perolehi sepanjang minggu ini. Penggunaan katalog internet sebagai medium penyimpanan bahan sumber yang diperoleh daripada internet memudahkan saya untuk mengorganisasi sumber dan bahan yang diperoleh. Dengan adanya katalog tersebut, akan dapat memudahkan lagi saya untuk menjejak semula sumber bahan yang telah saya peroleh daripada internet.

No comments:

Post a Comment