Monday, July 20, 2015

Refleksi Minggu 2

Pada minggu kedua interaksi, saya telah mempelajari tajuk 'Penggunaan Internet, Enjin Carian Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu'. Melalui tajuk ini, saya telah mempelajari cara pengumpulan dan pengkategorian bahan PdP bahasa Melayu. Pengumpulan dan pengkategorian tersebut sangat penting kerana bahan yang diperoleh daripada internet tersebut akan lebih tersusun dan bersistematik serta memudahkan kita untuk mengaksesnya apabila diperlukan.

Bagi amali pada minggu ini, kami sekelas dikehendakli untuk mengkategorikan bahan audio, visual, video dan teks ke dalam tiga kategori kemahiran bahasa. Amali tersebut juga membolehkan saya untuk mempelajari cara menggunakan Google Drive dan Dropbox iaitu aplikasi penyimpanan fail secara atas talian. Penggunaan aplikasi tersebut akan dapat memudahkan saya untuk menyimpan fail-fail dengan lebih selamat. Penggunaan aplikasi tersebut juga dapat membolehkan saya untuk berkongsi fail dan folder dengan rakan-rakan saya secara atas talian. Ha ini akan memudahkan lagi proses pertukaran fail dan pemindahan maklumat.

Secara tuntasnya, aplikasi perkongsian atas talian ini sangat bermanfaat kepada para guru pada hari. Hal yang demikian akan membantu dalam meningkatkan tahap perkongsian maklumat kepada murid lebih-lebih lagi ada sebilangan murid pada hari lebih menguasai peralatan-peralatan TMK seperti komputer berbanding guru. Oleh yang demikian, guru perlu menyiapkan dan mengadaptasikan diri dengan kemajuan serta perubahan dalam sistem pendidikan di negara kita agar tidak ketinggalan arus pemodenan pendidikan





No comments:

Post a Comment