Sunday, July 19, 2015

Kuliah Minggu 2

 Minggu 2

DEFINISI AUDIO, VIDEO, GRAFIK DAN TEKS



(i) Audio - juga merupakan bunyi ialah salah satu daya penarik yang berkesan untuk menarik perhatian seseorang. Audio dalam sistem multimedia boleh merujuk kepada pelbagai jenis rakaman suara, suara latar, muzik, kesan khas audio dan sebagainya. Dalam suatu sistem multimedia interaktif, elemen audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar menjadi lebih mantap dan berkesan. Penggunaan media ini juga membantu dalam meningkatkan motivasi dalam kalangan penggunaan agar lebih berminat untuk mengikut suatu proses penyampaian informasi mahupun maklumat dalam keadaan yang berbeza dan menarik serta menghasilkan tumpuan yang lebih terhadap perkara yang ingin disampaikan

(ii) Video - merupakan gabungan antara pelbagai media seperti teks, grafik, audio dan sebagainya dalam suatu medium bergambar. Penggunaan media ini dalam proses penyampaian maklumat berupaya untuk mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat di samping mampu membawa unsur realistik atau keadaan sebenar kepada para pengguna. Hal yang demikian seterusnya secara tidak langsung mempengaruhi perasaan atau emosi para pengguna dengan lebih nyata.

(iii) Grafik - merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual yang kaku atau tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi dan sebagainya. Merupakan antara elemen multimedia yang amat penting dalam memberi penekanan dalam proses penyampaian maklumat. penggunaan grafik dalam proses penyampaian maklumat membantu dalam menerangkan sesuatu maklumat dengan lebih cepat dan berkesan.

(iv) Teks - merupakan elemen utama dalam proses penyampaian maklumat. Teks memainkan peranan penting dalam sistem multimedia interaktif iaitu dalam memberi penerangan yang jelas dan menyeluruh kepada pengguna sekiranya elemen-elemen lain gagal untuk menyampaikan makna yang dikehendaki



Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu diasingkan dalam folder yang berbeza mengikut kemahiran bahasa iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Hal yang demikian bertujuan untuk memastikan bahan-bahan tersebut mudah diakses dan mengelakkan kekeliruan berlaku.


Bahan-bahan yang diperoleh diasing seperti yang berikut



Kepentingan mengumpul dan mengkategori bahan



CARA MENGGUNAKAN GOOGLE DRIVE UNTUK BERKONGSI BAHAN


1. Log masuk ke pautan Google Drive 
2. Halakan cursor pada New dan klik Folder untuk membuat folder baharu dalam Drive
3. Bagi memuat naik fail, halakan cursor pada File Upload dan klik bahagian tersebut
4. Bagi memuat naik folder, halakan cursor pada Folder Upload dan klik bahagian tersebut.

CARA MENGGUNAKAN DROPBOX UNTUK BERKONGSI BAHAN



1. Log masuk ke pautan Dropbox
2. Halakan cursor pada bahagian ikon Upload bagi memuat naik fail ke Dropbox
3. Bagi menamakan Folder, klik right click dan klik pada rename bagai menamakan Folder




4. Right click pada fail untuk berkongsi fail dengan rakan dan memuat turun fail dari Dropbox

No comments:

Post a Comment