Pada
minggu ini, saya telah mempelajari mengenai pengajaran bahasa Melayu secara
atas talian dan luar talian. Pengajaran secara atas talian hendaklah dijalankan
dengan kemudahan Internet. Hal yang demikian kerana pengajaran tersebut menggunakan
bahan pengajaran yang terdapat di Internet. Jika dibandingkan dengan pengajaran
secara luar talian pula, pengajaran tersebut tidak memerlukan sambungan ke
Internet. Pengajaran ini juga dikenali sebagai pengajaran “offline” kerana
bahan pengajaran yang digunakan tersebut tidak memerlukan Internet bagi
membolehkan digunakan. Jika dilihat pada penggunaan pengajaran secara atas
talian, saya menyedari bahawa penggunaannya dapat memudahkan kita untuk
mengakses bahan dengan lebih cepat. Selain itu, kita juga boleh memperoleh
pelbagai bahan dari Internet seterusnya meningkatkan kemahiran kita dalam
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Kesimpulannya,
melalui tajuk ini, saya dapat memanfaatkan pengetahuan mengenai pembelajaran
secara atas dan luar talian ini dalam bilik darjah setelah saya menjadi guru
kelak bagi memberikan kelainan dan kepelbagaian dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu.
No comments:
Post a Comment