Sunday, August 16, 2015

Refleksi Minggu 6

Pada minggu ini, saya telah mempelajari cara-cara bagi membina dan mengaplikasikan struktur perpautan dalam penyusunan bahan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Melalui kuliah dan amali yang dijalankan bagi minggu ini, saya menyedari bahawa struktur perpautan ini merupakan ‘hyperlink’ yang sering kali saya gunakan dalam pembinaan slaid Powepoint, blog, tapak pembelajaran dan sebagainya. Jika dilihat secara umum, terdapat empat jenis struktur perpautan iaitu struktur hierarki, struktur komposit, struktur linear dan struktur rangkaian.

Kesemua struktur perpautan tersebut sesungguhnya membantu dalam proses penyusunan bahan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Hal yang demikian juga membolehkan menyusun atur dan membanding beza bahan-bahan yang diperoleh untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dengan lebih baik. Oleh itu, dalam memastikan bahan-bahan PdP bahasa Melayu berada dalam keadaan teratur dan tersusun, guru bolehlah menggunakan dan mengaplikasikan struktur perpautan ini.

No comments:

Post a Comment